| 000 | 02420 a2200157 4500 | ||
|---|---|---|---|
| 008 | |||
| 020 | _a9789674617165 | ||
| 100 | 1 | _aAimi Syahidah Zulkipli, Wee Phei Phei, Nik Soriani Yaacob | |
| 245 | 1 | 0 |
_aPengendalian Air Liur Meleleh (Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum: Siri 4) _cAimi Syahidah Zulkipli, Wee Phei Phei, Nik Soriani Yaacob |
| 260 | _bPENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, | ||
| 520 | _aPeranan ibu bapa atau penjaga adalah amat besar bagi kelangsungan hidup kanak-kanak, terutama sekali kanak-kanak istimewa palsi serebrum (CP). Namun, tidak semua ibu bapa atau penjaga bersedia dengan tanggungjawab, kemahiran atau pengetahuan yang diperlukan. Tahap ketidakupayaan kanak-kanak yang berbeza-beza serta komorbiditi yang dialami menyulitkan lagi penjagaan mereka. Meskipun peranan dan tanggungjawab ini manjanjikan ganjaran yang besar, ia boleh membawa keletihan fizikal serta emosi. Siri buku Penjagaan dan Pengurusan Asas Kanak-Kanak Palsi Serebrum bermanfaat untuk semua ibu bapa atau penjaga kanak-kanak CP. Buku-buku ini mengandungi contoh pendekatan praktikal bagi memudahkan peranan ibu bapa atau penjaga agar lebih bebas tekanan dan menggembirakan, serta membantu membina keyakinan diri dan meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak CP. Ahli keluarga lain juga disarankan membaca buku-buku ini agar lebih memahami kesulitan penjagaan kanak-kanak CP dan membantu meningkatkan hubungan kekeluargaan. Kanak-kanak CP mengalami masalah air liur meleleh disebabkan pelbagai faktor seperti masalah penelanan, bibir tidak ditutup rapat atau kawalan kepala yang lemah. Jika berterusan, ia boleh menyebabkan iritasi kulit, jangkitan mulut dan lain-lain. Siri 4: Pengendalian Air Liur Meleleh menunjukkan contoh-contoh pengendalian air liur meleleh menggunakan kaedah oral motor dan oral sensori, serta intervensi tingkah laku termasuk latihan makan dan minum yang dapat dipraktikkan di rumah, bergantung kepada tahap keupayaan kanak-kanak CP. Kawalan air liur yang berkesan bukan sahaja boleh meningkatkan kebersihan, malah memberikan kesan positif kepada penampilan kanak-kanak. | ||
| 856 | 0 | 4 |
_a _uhttps://eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/user/login?url=https://ukm.elib.com.my/index.php/book/details/385199 _yGet via UKM eLib |
| 907 |
_a.b17016721 _b2024-02-21 _c2023-12-28 |
||
| 942 | _n0 | ||
| 998 |
_ae _b2023-12-28 _cm _dz _feng _g _y0 _z.b17016721 |
||
| 999 |
_c668345 _d668345 |
||