TY - BOOK AU - Fauzi Deraman, AU - Khadher Ahmad, TI - Pendekatan 'ulum al-hadith dalam menangani salah faham terhadap sunnah SN - 9789832306467 PY - 2021/// CY - Shah Alam, Selangor PB - Persatuan Ulama Malaysia KW - Hadith KW - Study and teaching KW - Sunna N1 - Buku "Pendekatan Ulum Al-Hadith Dalam Menangani Salah Faham Terhadap Sunnah" adalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang diusahakan oleh pengarang, khususnya dalam mengharmonikan pandangan antara golongan yang menolak dengan golongan yang menerima sunnah. Signifikannya, sunnah Nabi SAW merupakan sumber kedua terpenting selepas al-Qur'an sebagai sumber perundangan Islam. Kepentingan dalam memahami sunnah dengan metodologi yang sebenar adalah sangat dititik beratkan sejajar dengan pemahaman sahih terhadap tafsiran ayat-ayat al-Qur'an. Apatah lagi sunnah hanya dapat difahami dan dikeluarkan pemahaman (fiqh al-Hadith) yang benar berasaskan kepada kelompok yang berautoriti, iaitu dalam kalangan ulama hadith yang mahir akan selok belok mustalah dan pengajian hadith. Fokus buku ini adalah terhadap bentuk-bentuk salah faham terhadap sunnah yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan pengamalannya. Salah satu daripada kaedah terbaik dalam berinteraksi dengan sunnah bagi mengharmoni dan membetulkan salah faham tersebut, ialah melalui pendekatan ulum al-Hadith, sebagai asas yang perlu dikuasai secara rencam oleh semua graduan hadith; Mengandungi rujukan biblografi ER -