TY - ADVS AU - Aesos,Lai AU - Silver, TI - Satria maya PY - 2003/// CY - Kuala Lumpur PB - Boomax KW - War films KW - Swordsmen in motion pictures N1 - Penerbit eksekutif, Jason Kok ; penulis skrip, Kash S. Johan ; jurukamera, Vincent Lau; Pelakon: Wan Suhaimi, Fauzi Nawawi, Joey Tan, Ery Hamzah, Nabila Huda, Kamal Bakar N2 - Di dalam percaturan terakhir yang bakal menentukan jaguh sebenar cakerawala, Putera Zuliq Indera berhadapan dengan musuh utamanya Davou yang telah membunuh tujuh keturunan keluarga Zuliq dengan menggunakan Pedang Mia Riswar. Davou bercita-cita untuk menghapuskan keturunan terakhir Di-Raja Indera dan sekali gus bergelar Perkasa Utama Cakerawala. Setelah berjaya memperolehi Cakera Andalis, Zuliq bersiap sedia menanti hari perhitungan bersama-sama pembantu peribadinya Yuzed. Sekiranya Cakera Andalis dipadankan dengan pusaka Trisakti Indera milik Zuliq, ia akan mampu menjanakan kuasa maksima. Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Perlawanan teragung cakerawala bermula. Setelah beribu-ribu tahun bermeditasi, Davou sememangnya berkuasa tetapi ternyata gabungan Pedang Trisakti Indera dan Cakera Andalis lebih hebat dan perkasa. Zuliq hampir-hampir memenangi percaturan itu apabila dia melakukan kesilapan kecil dan memberi peluang kepada Davou untuk menggunakan taktik kotornya. Zuliq tercedera, hilang ingatan dan terus ditelan arus gerhana dimensi masa ER -