Amazon cover image
Image from Amazon.com

Kaedah Penilaian Kesesuaian Tanah Untuk Petempatan Pascabencana Muhammad Rusdi. Ruhizal Roosli & Mohd Sanusi S. Ahamad

By: Publication details: PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,ISBN:
  • 9789674616670
Online resources: Summary: Penggabungan dan pengasingan kaedah kuantitatif dan kualitatif secara teknik'penyegitigaan' dalam sesuatu kajian diterjemahkan ke dalam buku ini melalui pembentangan projek kajian sebenar. Penyegitigaan ialah strategi, pelan dan struktur yang digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang dikenal pasti pada peringkat awal kajian. Bencana tsunami yang melanda Aceh, Indonesia pada tahun 2004 telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian penilaian kesesuaian tanah untuk petempatan pascabencana dengan menggunakan teknik penyegitigaan ini. Kajian ini dijalankan secara komprehensif berdasarkan persekitaran fizikal dengan mengambil kira risiko bencana dan implikasi sosial. Buku ini diadaptasi daripada tesis doktor falsafah Muhammad Rusdi yang diselia oleh Ruhizal Roosli dan Mohd Sanusi S. Ahamad. Tesis ini telah dinobatkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Tesis Terbaik dalam Majlis Persada Kencana pada tahun 2017. Walaupun terdapat sejumlah buku di pasaran yang membahaskan garis panduan pembangunan dan teknik penelitian umum penyegitigaan, namun buku-buku tersebut hanya memberikan contoh penggabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif tanpa cadangan penyelesaian serta implikasi terhadap polisi pentadbiran dan persekitaran seperti yang dibincangkan dalam buku ini. Malah, buku ini turut memaparkan langkah demi langkah teknik penyegitigaan berdasarkan kajian kes berserta rajah dan penerangan lengkap. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan bagi pengamal industri, pelajar, ahli akademik dan penyelidik.
Tags from this library: No tags from this library for this title. Log in to add tags.
Star ratings
    Average rating: 0.0 (0 votes)
No physical items for this record

Penggabungan dan pengasingan kaedah kuantitatif dan kualitatif secara teknik'penyegitigaan' dalam sesuatu kajian diterjemahkan ke dalam buku ini melalui pembentangan projek kajian sebenar. Penyegitigaan ialah strategi, pelan dan struktur yang digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada permasalahan yang dikenal pasti pada peringkat awal kajian. Bencana tsunami yang melanda Aceh, Indonesia pada tahun 2004 telah menarik minat penulis untuk menjalankan kajian penilaian kesesuaian tanah untuk petempatan pascabencana dengan menggunakan teknik penyegitigaan ini. Kajian ini dijalankan secara komprehensif berdasarkan persekitaran fizikal dengan mengambil kira risiko bencana dan implikasi sosial. Buku ini diadaptasi daripada tesis doktor falsafah Muhammad Rusdi yang diselia oleh Ruhizal Roosli dan Mohd Sanusi S. Ahamad. Tesis ini telah dinobatkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Tesis Terbaik dalam Majlis Persada Kencana pada tahun 2017. Walaupun terdapat sejumlah buku di pasaran yang membahaskan garis panduan pembangunan dan teknik penelitian umum penyegitigaan, namun buku-buku tersebut hanya memberikan contoh penggabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif tanpa cadangan penyelesaian serta implikasi terhadap polisi pentadbiran dan persekitaran seperti yang dibincangkan dalam buku ini. Malah, buku ini turut memaparkan langkah demi langkah teknik penyegitigaan berdasarkan kajian kes berserta rajah dan penerangan lengkap. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan bagi pengamal industri, pelajar, ahli akademik dan penyelidik.

There are no comments on this title.

to post a comment.

Contact Us

Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446 – Consultation Services
019-2045652 – Telegram/Whatsapp
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my

Copyright ©The National University of Malaysia Library