KEPEMIMPINAN: KEJAYAAN PERUBAHAN MENERUSI KOMITMEN DAN KESEDIAAN

Nor Azni Abdul Aziz, Soaib Asimiran, Aminuddin Hassan, Foo Say Fooi

KEPEMIMPINAN: KEJAYAAN PERUBAHAN MENERUSI KOMITMEN DAN KESEDIAAN Nor Azni Abdul Aziz, Soaib Asimiran, Aminuddin Hassan, Foo Say Fooi - UPM Press,

Perubahan pendidikan sentiasa berlaku bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan. Pemimpin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti dan kecemerlangan sesebuah organisasi sekolah. Pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu perubahan pendidikan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan negara. Sehubungan itu, sekolah memerlukan kepemimpinan yang dinamik bagi membangunkan modal insan yang berkualiti sama ada dalam kalangan guru, kakitangan sokongan dan muridnya. Maklum balas awal berkaitan pelaksanaan perubahan pendidikan mendapati guru masih belum bersedia melaksanakan perubahan kerana belum memahami dan menguasai proses pelaksanaan sesuatu perubahan sepenuhnya. Oleh itu, buku ini akan mengukuhkan pemahaman tentang pentingnya peranan kepemimpinan instruksional pengetua yang mempengaruhi komitmen dan kesediaan perubahan guru dalam melaksanakan perubahan pendidikan yang dapat mempertingkatkan kualiti dan kecemerlangan sekolah.

978-967-0035-35-2

Contact Us

Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
+603-89213446 – Consultation Services
019-2045652 – Telegram/Whatsapp
Email: helpdeskptsl@ukm.edu.my

Copyright ©The National University of Malaysia Library